“Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk MEMBACA kerana membaca itu SUMBER HIKMAH, menyediakan waktu untuk KETAWA kerana ketawa itu MUZIK JIWA, menyediakan waktu untuk BERFIKIR kerana berfikir itu POKOK KEMAJUAN, menyediakan waktu untuk BERAMAL kerana beramal itu PANGKAL KEJAYAAN, menyediakan waktu untuk BERSENDA kerana bersenda itu akan membuat MUDA SELALU dan menyediakan waktu untuk BERIBADAH kerana ibadah itu adalah IBU segala KETENANGAN JIWA…”Apakah kita masih tak sedar? Insaflah, wahai sahabatku. Sama-sama kita muhasabah diri...
Ketika kamu dilahirkan, kamu diazan tanpa Solat,
Ketika kamu meninggal, kamu disolatkan tanpa azan.
Ketika kamu dilahirkan kamu tidak mengetahui siapa yang mengeluarkan kamu,
Ketika kamu mati kamu tidak tahu siapa yang akan mengusung kamu.
Ketika kamu dilahirkan, kedua ibu bapa dan keluarga kamu bergembira,
Ketika kamu mati, kedua ibu bapa dan keluarga kamu menangis ke atas kamu.
Ketika dalam perut ibu, kamu berada dalam kegelapan dan kesempitan,
Ketika kamu mati, kamu juga berada dalam kegelapan dan kesempitan.
Ketika kamu dilahirkan, kamu dibaluti kain supaya melindungi tubuhmu,
Ketika kamu mati, kamu juga dibaluti dengan kain untuk melindungi tubuhmu......
Dan Tahukah Anda…
Kubur Setiap Hari Menyeru Manusia Sebanyak Lima Kali:
Aku rumah yang terpencil, maka kamu akan senang dengan selalu membaca Al-Quran.
Aku rumah yang gelap, maka teranglah aku dengan selalu solat malam.
Aku rumah penuh dengan tanah dan debu, bawalah amal soleh yang menjadi hamparan.
Aku rumah ular berbisa, maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar.
Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir, maka banyaklah bacaan "Laa ilaha illallah, Muhammadur Rasulullah" supaya kamu dapat jawapan kepadanya.


No comments:
Post a Comment